Friday, April 26, 2013

HARI ALUMNI 2013

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar ^^

Friday, December 21, 2012

BENGKEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ATURCARA 8.30-9.00pg Pendaftaran 9.00-10.30pg Slot 1: Memahami Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak 10.30-11.00pg Minum Pagi 11.00-12.30tgh Slot 2: Bengkel Teknik Komunikasi Kanak-Kanak 12.30-1.00ptg Penutup 1.00 ptg Bersurai

Saturday, April 23, 2011

Video Promo FASA@MASMA 2011

Assalammualaikum,

Mohon semua pertimbangkan untuk hadir ke program Majlis Amal Sumbangsih Musollah Sekolah Sri Al-Amin Bangi . secara jujurnya, jumlah kutipan target RM500,000.00 telah pun kita capai. tapi ana nak mintak semua tanya, dalam RM500,000.00 tu, ada tak sumbangan kita?

Sayu ana lihat Muallim Zulkifli (ingat lagikah kita? yang ajar seerah & latihan kawad setiap kali perkemahan syabab) mengorbankan masa hadir dalam mesyuarat MASMA yang tamat pukul 1.00am. takkah dia akan tersenyum bangga dan terharu apabila melihat kita hadir ke program ini?

Ya, FASA hubungi antum semua untuk kutip dana pembangunan musolla sekolah! insyaAllah FASA akan teruskan agendanya sebagai platform mengumpulkan semua alumni Sekolah Islam Al-Amin Bangi.

Sempena MASMA, ana dan kepimpinan FASA 2011/2012 membuka ruang seluas-luasnya untuk kita semua menyumbang kepada sekolah.

It is only fair we give back a little, for something we've gained for a life time :)

kita ada 60 lagi tiket reserved untuk ahli FASA. tarikh untuk pembelian tikat dilanjutkan sehingga hari event dengan harapan semua 60 tiket ini habis dibeli ahli FASA semua :)

Dan kalau dah beli tiket, mohon daftar di SINI <--click ya


Mohd Qayyim Hafidzi

Presiden FASA 2011/2012

p/s: insyaAllah stuktur organisasi baru FASA akan kami maklumkan semua dalam masa terdekat.

Thursday, April 21, 2011

REUNION FASA SEMASA MASMA

MOHON REPLY DALAM MASA 24 JAM DARI SEKARANG..promosi fasa akhir :)

dapatkan tiket segera !!

Langkah 1: buat pembayaran di
TABUNG MUSOLLA AL_AMIN BANGI
Nama Bank: BANK MUAMALAT
No akaun: 1210-0000223-718

Langkah 2: daftar kehadiran anda
DI SINI --> click!

JUMPA ANDA DI SANA!!

Thursday, March 31, 2011

JOM MINUM PETANG DAN JUMPA KAWAN-KAWAN LAMA!!!


tarikh: 3 april 2011 (ahad)
masa: 3pm-5pm
tempat: dewan sek men sri al-amin bangi

jangan lupa bawa sekali suami/ isteri dan anak2 ^__^

Sunday, March 6, 2011

Perihal MASMA 2011

Assalamualaikum dan bismillah...

MAHU KERJA SUKARELAWAN?

BAGI
AHLI FASA YANG KEKOSONGAN MASA
UNTUK
MEMBANTU DALAM PERIHAL PERSURATAN & LAIN-LAIN (MACAM KERANI)
SEMPENA MASMA
BOLEH DATANG KE PEJABAT SEKOLAH RENDAH
UNTUK
MOHON

(P/S: SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA !)


IKLAN

Ruangan iklan untuk diletakkan di buku cenderamata MASMA. Peluang kepada ahli FASA yang mempunyai 'bussiness' dan ingin mengiklankan 'service' antum supaya orang ramai tahu akan kehadiran antum. Nanti senanglah orang ramai nak beli dengan 'Muslim Product' punya. Jadi, kalau ada kawan-kawan atau antum sendiri mempunyai 'bussiness' utk diwartakan, mai mai, jangan lepaskan peluang ini!

JUGA BOLEH MOHON DI PEJABAT SEKOLAH RENDAH

Wednesday, March 2, 2011

infaq musolla setakat ini

alhamdulillah sejumlah rm1450.56 telah berjaya dikumpulkn oleh FASA utk musolla setakat tahun ini. sila rujuk page infaq musolla utk lihat pencapaian batch anda

masma2011.blogspot.com

Saturday, February 26, 2011

MASMA 2011



assalamualaikum ahli keluarga FASA sekalian,

insyaAllah satu lagi program untuk menjana takungan dana Musolla akan diadakan pada 30 April 2011. walaupun akan berlangsung kira-kira 2 bulan lagi, tetapi kehangatannya sangat terasa!

sebanyak 3000 keping tiket telah dicetak dan semuanya telah diambl oleh 'agen-agen' yang bersedia menjualkan tiket-tiket tersebut. setakat ini seramai 10 ahli FASA daripada pelbagai batch telah mengambil tiket untuk dijual.

so, mana-mana ahli FASA yang berminat untuk mendapatkan tiket (yg berharga hanya RM50/ kerusi) bolehlah hubungi mana2 ahli FASA seperti berikut;

-Athif Zainal
-Nur Lina Solehah Aisharuddin
-Izyan Syazwani Ahmad Jamali
-Rahimi Abd Rahim
-Izyana Hariffin
-Izzati Hariffin
-Husna Khairulannuar
-Sarah Afiqah Khairulannuar
-Marhamah Jailani
-Maryam Jailani

kalau ada mana-mana ahli yang berminat untuk menjadi agen jualan, bolehlah datang ke sekolah, perkenalkan diri anda sebagai ahli FASA, dan bertemulah dengan Puan Norezuny untuk mendapatkan tiket tersebut (tiket dah habis, tapi ada print extra dengan mengambil kira mungkin ada agen yang tak jual tiket habis).

JOM!! bolehlah jadikan ni medan pertemuan batch2--gathering!!